Isnin, 13 Oktober 2014

Assalamualaikum semua..

TEMPAT MENYIMPAN SEGALA RESEPI YG ADA

Arini saya nak share resepi Light Cheese Cake. Saya ambik resepi ni kat HaSue@sue-hasue.blogspot.com, terima kak atas resepi ni.. keknya pun lembut n gebuss betul..
Saya buat kek ni masa befday hubby sy. Tapi sy letak blueberry di lapisan tgh kek..mmg sedap..kena la ngn cheesenya..hihi... k la..jom kite tgk resepinya di bawah..⇩⇩ semua gambar ni adalah hak milik nurularsad.blogspot.com.

                               

KEK LIGHT CHEESE CAKE

Bahan-Bahan untuk loyang 8inci :

• 150g cream cheese tatura
• 300ml susu segar (nurul guna dutchlady yg low fat)
• 80g mentega
• 80g tepung gandum
• 80g gula kastor
• 3 biji telur saiz A (asingkan putih dan kuning)
• 1 tutup esen vanila

Bahan-bahan untuk loyang 9inci :
• 180g cream cheese nk rs cheese yg lebih bole letak 200g
• 400 ml susu segar
• 90g mentega
• 90g tepung gandum
• 90g gula kastor
• 4 biji telur saiz A (diasingkan putih dan kuning)
• 1 tutup penuh esen vanila / beberapa titik jus lemon

Cara-Cara:
1. Masukkan susu segar dalam periuk dan petik api. Masukkan cream cheese kacau sehingga cair guna handwhisk. Masukkan mentega,  kacau lg smpi cair. Xperlu mendidih. Padamkan api. Ketepikan.
2. Pukul putih telur sampai kembang dan masukkan gula dan pukul lg hingga jadi Meringue. Meringue ialah putih telur dan gula yg betul2 ringan. Ia tidak tumpah apabila di terbalikkan.
3. Di bekas lain, pukul kuning telur sampai kembang dan masukkan adunan cheese kacau seketika. Tuang tepung sedikit demi sedikit dan pukul lg. Pastikan adunan tidak berketul.
4. Akhir sekali campurkan meringue ke dalam adunan tadi dan masukkan esen vanila. Guna handwhisk dan kacau perlahan smpi sebati. Panaskan sedikit air.
5. Panaskan oven 160°c~10minit. Griskan loyang guna mentega dan taburkan sedikit tepung nipis2 di sekeliling loyang. Masukkan adunan dalam loyang.
6. Bakar pd suhu 160°c selama 45minit atau sehingga masak. Guna kaedah Bain marie. Loyang kek diletakkan dlm loyang besar yg berisi air panas td.

**kek senang jadi, asalkan Meringue tu menjadi.. =)
Selamat mencuba..



                               
           
                     Ni la hasil kek light cheese cake yg nurul buat untuk en suami..
                                             Next time nk cuba kek lain pulak :)

Ahad, 12 Oktober 2014

Assalamualaikum..

Disini sy nk menyimpan resepi2 kek yg sy da berjaya buat.. :)
Da lama jugak sy buat...sblm ni sy share kat fb je.. ni sy nk share kat sini pulak ye..
Sy tak pasti amik resepi ni dr siapa.. apa2 pun..terima kasih pd yg tuan pnye resepi ni..sbb keknya lembut dan sedap.. jom tgk resepinya di bawah... ⇩⇩



KEK MINYAK

Bahan-Bahan:
• 5 biji telur
• 3/4 cawan gula kastor (nurul guna 1/2 cwn je)
• 2 cawan tepung gandum
• 1 sk baking powder
• 1 cawan susu pekat manis (nurul guna 3/4 cwn je)
• 1 sb ovallate
• 1 cawan minyak masak
• 1 sudu teh esen vanila (nurul sukat guna penutup dia je)
• pewarna dan perisa

Cara-Cara:
1. Panaskan oven suhu 170°c. Griskan loyang guna mentega. Alas baking paper.
2. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
3. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul sebentar.
4. Masukkan minyak masak dan gaul rata. Kemudian masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama baking powder dan gaul rata,  guna handwhisk pun bole. Gaul perlahan. Bahagikan 3 @ 4 bahagian. Letakkan pewarna dan perisa setiap adunan yg berbeza.
5. Tompokkan dalam loyang berselang seli sampai habis. Bakar suhu 160°c selama 50 minit. Biarkan kek sejuk, baru dipotong.

Ni la hasilnya.. cantik tak warnanya.. warna warni gitu..huhuk.. :)
Kepada sesiapa yg ingin mencuba.. silakan.. 

Assalamualaikum...
Saya baru nk berjinak2 berblogger ni..huhu...
Seblm tu sy perkenalkan siapa saya.. saya nurul arsad, ibu kepada 3 org ank.. anak2 dara semua..hihi.. sy seorg surirumah sepenuh masa dan isteri kpd en sufianudin paiman, suamiku ni adalah seorg penyayang dan penyabar. Dan sy pulak seorg yg mudah berangin.. tp xde la terok sgt.. tgk ank makin nakal..kita makin penat..yee berangin..hihi...
Sy jugak nk ucapkn Terima kasih pd yg sudi bc blogger sy yg tak seberapa ni...